Aku baru balik dari kampung. Lepas beberapa lama tak balik kampung. Ternyata kepulangan aku kali ini bertujuan. Masih ada sesuatu ayang aku cari. Ada satu bahagian dalam benak pemikiran aku yang perukan jawapan bagi kajian yang aku sedang jalankan ini..
Aku kini mula berminat menuntu ilmu Agama. Dalam pemahaman aku.. apa yang aku cari ini hanya boleh di pelajari dari orang yang tertentu sahaja. Iaitu ilmu ketuhanan dan kaedah menegnali diri.
Tokwan aku kini sudah menjangkau 78 tahun.. Dialah orang yang akan membimbing aku dalam perjalanan memahami dan mengenali diri. Tugasan pertama aku ialah mengenali 20 sifat ALLAh.
Sifat 20
Sifat Wajib | Tulisan Arab | Maksud | Sifat | Sifat Mustahil | Tulisan Arab | Maksud |
Wujud |
ﻭﺟﻮﺩ
| Ada | Nafsiah | A'dam |
ﻋﺪﻡ
| Tiada |
Qidam |
ﻗﺪﻡ
| Sedia | Salbiah | Huduth |
ﺣﺪﻭﺙ
| Baharu |
Baqa |
ﺑﻘﺎﺀ
| Kekal | Salbiah | Fana |
ﻓﻨﺎﺀ
| Akan binasa |
Mukhalafatuhu lilhawadith |
ﻣﺨﺎﻟﻔﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ
| berbeza dengan semua makhluk ciptaanNya | Salbiah | Mumathalatuhu lilhawadith |
ﻣﻤﺎﺛﻠﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ
| Menyamai atau bersamaan bagi-Nya dengan suatu yang baru |
Qiamuhu binafsih |
ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻨﻔﺴﻪ
| Berdiri-Nya dengan sendiri | Salbiah | Qiamuhu bighairih |
ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻐﻴﺮﻩ
| Berdiri-Nya dengan yang lain |
Wahdaniat |
ﻭﺣﺪﺍﻧﻴﺔ
| Esa Allah Ta'ala pada dzat,pada sifat dan pada perbuatan | Salbiah | Ta'addud |
ﺗﻌﺪﺩ
| Berbilang-bilang |
Qudrat |
ﻗﺪﺭﺓ
| Berkuasa | Ma'ani | Ajzun |
ﻋﺟﺰ
| Lemah |
Iradat |
ﺇﺭﺍﺩﺓ
| Berkehendak menentukan | Ma'ani | Karahah |
ﻛﺮﺍﻫﻪ
| Benci iaitu tidak menentukan |
Ilmu |
ﻋﻠﻢ
| Mengetahui | Ma'ani | Jahlun |
ﺟﻬﻞ
| Bodoh |
Hayat |
ﺣﻴﺎﺓ
| Hidup | Ma'ani | Al-Maut |
ﺍﻟﻤﻮﺕ
| Mati |
Sama' |
ﺳﻤﻊ
| Mendengar | Ma'ani | As-Summu |
ﺍﻟﺻﻢ
| Pekak |
Basar |
ﺑﺼﺮ
| Melihat | Ma'ani | Al-Umyu |
ﺍﻟﻌﻤﻲ
| Buta |
Kalam |
ﻛﻼ ﻡ
| Berkata-kata | Ma'ani | Al-Bukmu |
ﺍﻟﺑﻜﻢ
| Bisu |
Kaunuhu qaadiran |
ﻛﻮﻧﻪ ﻗﺎﺩﺭﺍ
| Keadaan-Nya yang berkuasa | Ma'nawiyah | Kaunuhu ajizan |
ﻛﻮﻧﻪ ﻋﺎﺟﺰﺍ
| Keadaan-Nya yang lemah |
Kaunuhu muriidan |
ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺮﻳﺪﺍ
| Keadaan-Nya yang berkehendak menentukan | Ma'nawiyah | Kaunuhu kaarihan |
ﻛﻮﻧﻪ ﻛﺎﺭﻫﺎ
| Keadaan-Nya yang benci iaitu tidak menentukan |
Kaunuhu 'aliman |
ﻛﻮﻧﻪ ﻋﺎﻟﻤﺎ
| Keadaan-Nya yang mengetahui | Ma'nawiyah | Kaunuhu jahilan |
ﻛﻮﻧﻪ ﺟﺎﻫﻼ
| Keadaan-Nya yang bodoh |
Kaunuhu hayyan |
ﻛﻮﻧﻪ ﺣﻴﺎ
| Keadaan-Nya yang hidup | Ma'nawiyah | Kaunuhu mayitan |
ﻛﻮﻧﻪ ﻣﻴﺘﺎ
| Keadaan-Nya yang mati |
Kaunuhu sami'an |
ﻛﻮﻧﻪ ﺳﻤﻴﻌﺎ
| Keadaan-Nya yang mendengar | Ma'nawiyah | Kaunuhu asamma |
ﻛﻮﻧﻪ ﺃﺻﻢ
| Keadaan-Nya yang pekak |
Kaunuhu basiiran |
ﻛﻮﻧﻪ ﺑﺼﻴﺭﺍ
| Keadaan-Nya yang melihat | Ma'nawiyah | Kaunuhu a'maa |
ﻛﻮﻧﻪ ﺃﻋﻤﻰ
| Keadaan-Nya yang buta |
Kaunuhu mutakalliman |
ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺘﻜﻠﻤﺎ
| Keadaan-Nya yang berkata-kata | Ma'nawiyah | Kaunuhu abkam |
ﻛﻮﻧﻪ ﺃﺑﻜﻢ
| Keadaan-Nya yang kelu |
[sunting]Sifat kesempurnaan
Dua puluh yang tertera di atas yang wajib bagi Allah terkandung di dalam dua sifat kesempurnaan. Sifat tersebut adalah:
- Kaya Allah daripada sekelian yang lain daripada-Nya iaitu tidak berkehendak ia kepada sesuatu. Maksudnya, Allah tidak mengkehendaki yang lain menjadikan-Nya dan tidak berkehendakkan tempat berdiri bagi zat-Nya. Contohnya, Allah tidak memerlukan dan tidak mengkehendaki malaikat untuk menciptakan Arasy.
- Maka, Maha suci Tuhan daripada tujuan pada sekelian perbuatan dan hukum-hukumnya dan tidak wajib bagi-Nya membuat sesuatu atau meninggalkan sesuatu.
- Sifatnya: wujud, qidam, baqa', mukhalafatuhu lilhawadith, qiamuhu binafsih, sama', basar, kalam, kaunuhu sami'an, kaunuhu basiran, kaunuhu mutakalliman.
- Yang lain berkehendakkan sesuatu daripada Allah iaitu yang lain berkehendakkan daripada Allah untuk menjadikan dan menentukan mereka dengan perkara yang harus. Contohnya, manusia memohon kepada Allah melancarkan hidupnya.
- Sifatnya: wahdaniat, qudrat, iradat, ilmu, hayat, kaunuhu qadiran, kaunuhu muridan, kaunuhu hayyan
[sunting]Sifat yang harus
Sifat harus atau sifat jaiz juga dimiliki oleh Allah. Harus bagi Allah memperbuatkan sesuatu yang harus ada atau tiada atau meninggalkannya. Contohnya, harus bagi Allah menciptakan langit, bumi, mataharidan yang lain dan harus juga bagi Allah untuk tidak menciptakannya. Tidak wajib bagi Allah membuat sesuatu seperti menghidupkan atau mematikan bahkan itu harus pada hak Allah.
|