Tuesday, April 23, 2013

Petua mengatasi anak degil

Petua mengatasi anak degil



ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ

Harini nak share dengan kawan-kawan info yang aku dapat dari yahoo groups... iaitu petua untuk mengatasi anak degil... tak dengar kata.. dan semua yang sewaktu dengan nya lah. Selain berdoa dan berusaha cara lain, jom kita cuba cara ni juga, tak salah kalau kita mencuba.. jadi atau tidak, serah kan aje pada yang Maha Kuasa.

Semasa anak sudah tidur, duduk di hujung kepala dan panggil ROH ANAK....
jangan lupa mulai dengan bismillah serta salawat

"Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia"

Respon dari org yang sudah mencuba sungguh menakjubkan setakat ni alhamdulillah kebanyakannya menjadi. Contoh kalau kita nak anak senang bangun ke sekolah atau tak kuat meragam... just try and see.

Jadi, sama2lah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut memanjangkan ilmu ini kepada saudara seagama kita. Wallahualam....

Wednesday, April 17, 2013

KHASIAT TIMUN DENDANG / LETUP-LETUP


KHASIAT TIMUN DENDANG / LETUP-LETUP
Buah Passiflora foetida

Kingdom:
Plantae(Tumbuhan)
(unranked):
(unranked):
(unranked):
Order:
Family:
Genus:
Subgenus:
Passiflora
Species:
P. foetida
Passiflora foetida
KLASIFIKASI
Subkingdom: Tracheobionta (Tumbuhan berpembuluh)
Super Divisi: Spermatophyta (Menghasilkan biji)
Divisi: Magnoliophyta (Tumbuhan berbunga)
Kelas: Magnoliopsida (berkeping dua / dikotil)
Sub Kelas: Dilleniidae
Ordo: Violales

Nama Lain:Rambusa, permot, nyomlang, ceplukan blungsung (Indonesia);Passion Flower; Mossy Passion Flower; Love in a Mist; Stinking Passion Flower; Wild Passionfruit, Stinking passionfruit, Wild Water Lemon, Pop-pop bush (Inggeris);long zhu guo (Cina); lac tien, day nhan long (Vitnam); Pokok Letup Letup (Melayu); Jhumkolata, Gorak Phal(Bengala); Pasionariang-mabaho, Pasyonaryang-mabaho (Philipin)
Bahagian Digunakan: Keseluruhan tumbuhan
HURAIAN

Pokok letup-letup atau nama saintifiknya Passiflora foetida adalah sejenis tumbuhan menjalar yang tumbuh secara liar dan banyak di temui di kawasan ladang kelapa sawit, dan tanah terbiar. Di negara luar pokok ini lebih dikenali dengan nama Stinking Passionflower. Ini kerana tumbuhan ini dikatakan mengeluarkan bau yang kurang enak apabila diramas.Walau bagaimanapun, pokok ini mempunyai bunga yang unik dan buahnya juga boleh dimakan apabila sudah masak.Sesetengah orang juga menggunakan pucuk pokok ini untuk dijadikan ulam.